Blogger Layouts

Monday 28 November 2011

Wahh teruja sudah..

Assalamualaikum..
Heheh. Bab terjah blog pembakar-pembakar kek ni memang  terror la. Pastu teruja tak tentu pasal. Oh gila. Hebat kot dorang buat kek, cupcakes, muffin, bun, pizza, macam-macam lagi la.. Meleleh air liur. Nak buat jugak! tapi tengok oven kat dapur tu, aiseh melunturkan semangat je.. T_T  Cinonet sangat. Tak muat. Yang kecik je ada, tu pun wedding gift kaklong punya. Yang besar dah hantar gi Rawang. Silap-silap bakar kek melekat kat bumbung oven tu pulak.. haih. Takpe. takpe. Nanti beli oven sendiri yang besa gabak tu eh.. alalala~ Mari melawat blog-blog mereka yang hebat nih.. 

*tak tau nak buat link*
p/s: terjah blog orang dulu. Mana tau esok lusa terinspirasi nak hasilkan syahidaazizbakery.blogspot.com. Wah berangan la ko.. hiii~ ^^

Sunday 27 November 2011

Merdeka


Assalamualaikum.. 
Merdeka!! uhuk..uhuk.. aish. berhabuk blog. Sekali lg. MERDEKA!! Yeay.. sekarang anda dibebaskan dari IPG KAMPUS PULAU PINANG. jadila ko cekgu yang berwawasan. Haih tu nanti dulu. Bermulalah sesi bercucuk tanam yang pastinya tanam anggur dulu la kan.. Tawaran keje ada *ececeh tawaran konon, padahal kelulusan pn takde lagi* tapi nuuun jauh kat langkawi. Nak gi.takmo.nak gi.takmo.nak gi.. ntah la. Tapi dok umah bukan buat apa pun kan. Hmm..pkir dulu.

Lapang dada rasa bila dah abis blaja ni. Ringan rasa otak. tak yah pikir assignment, stay up, study, research, dan seangkatan dengannya lah. Bukan tak suka. Tapi penat. Mau rehat sekejap. Sekejap je. Pasni kalo dpt posting takleh rehat dah. Tapi tak tau la bila plak postingnya tu. Tunggu je kabar-kabar gembira tu. Kot-kot tecampak pedalaman. Amek ko! Nak sangat posting. Gembira la ko sorang-sorang dalam hutan belantara tu..

Memanglah gembira dah abis study ni. Tapi bila ingat kat kawan-kawan dan kenangan 5 tahun setengah kat Penang, rasa sedih sangat. Daripada tak kenal sampaila rapat cam family. Kawan-kawan la tempat kongsi rasa. gembira, sedih, tension, semua boleh.. waaa.rindu korang.. puas dah nanges atas bas on the way balik aritu sampai tetido. Mesti pelik mamat kat seat sebelah sane tu tengok. Budak ni mesti gadoh ngn pakwe, dari tadi nanges. Haha. First time rasa sayu nak tinggalkan Penang. Selalunye exited gila nak balik umah.. Pergi meninggalkan kenangan terindah kat Penang, maunye tak nanges. huaaa

Banyak sangat kenangan kat sana.. Tapi jujur kata dok Penang bebas lagi nak begerak dari dok kat umah. hahah. Jahatkan. Yela. Dok umah tak leh meronda sorang-sorang. Abah tak bagi beb. Abah kan sayang anak dara dia. Anak DARA kot. Kalo teruna dia tak kesah. Takde sapa nak buat menda tak senonoh. Tapi selalu je keluar sorang. Nanti tgh dok layan perasaan dlm lrt, poket pon begetar. Hmm, abah la tu tak syak lagi dah.. ‘ko kat mana tu ngah?’ ayat biase abah. Kat Penang nak keluar senang je, tu yang takleh dapat kat umah..

‘kakcik, pinjam moto’
‘moto takdela. Ada orang pinjam’
‘oyeke. takpela. Madi pinjam scooter’
‘bleh. Amik la aku tak guna pun..’
‘kak shimah jom kua..’
‘jom.jom..nak gi mana? Kak shimah tak reti bwk scooter..’
erk. ok. Minah sempit eh rempit yg sorang tu memang taktau bawak scooter. Tapi, moto biasa dia la juara.. vroomm..vroom.. kebabom!!

Lain plak citernya kat umah
‘abah pinjam moto’
‘ko nak gi mana ngah?’
‘gi sini  sana, buat tu buat ni jap’
‘takyah.meh abah anta’
Alahai abah.. (_ _)!

Kalo kat penang walaupun lesen tak bape nak matang sangat ada den kesah? Redah je. Nama je anak polis. Abah punya lah menegakkan undang-undang, anak hampeh! =P Teringat kenangan praktikum SK Seri Bayu dulu. Balik sekolah press atas jalan. Siap lumba ngan si *tettt* Gila. Cikgu-cikgu merempit. Nampak kat anak-anak murid, abes. Kang ada budak-budak yang dok tepi jalan bagi sokongan pulak. Laju lagi cikgu, laju lagi!.. haha. Tapi kalo anak murid ok lagi kot dari teserempak ngan guru besar ke. hadoi, apa nak jawab? 

Bakal merindui segalanya yang belaku kat Penang.. Banyaaaak sangat!.. Memori 5 tahun setengah kalo nak buat sinopsis, sebulan becerita pun konfem tak abes.. heheh hiperbola lak..
Ok setakat ni je. Sampai betemu kembali.. daa~